sejarah islam di dunia

calender

http://www.calendarlabs.com/calendars/web-content/free-blog-website-content.php#cust
Read more: http://brilliandwi.blogspot.com/2012/06/memasang-widget-katak-hijau-di-blog.html#ixzz2LF3LXHMB
Read more: http://brilliandwi.blogspot.com/2012/06/memasang-widget-katak-hijau-di-blog.html#ixzz2LF3LXHMB

Senin, 18 Februari 2013

sejarah islam di australia

Semasa penempatan Eropah awal, sesetengah kelasi dan banduan Muslim telah tiba di Australia tetapi tidak banyak yang diketahui tentang mereka kerana mereka tidak meninggalkan apa-apa kesan, kecuali beberapa rujukan di sana sini kepada nama mereka. Tidaklah sehingga abad ke-19 bahawa suatu kehadiran Islam yang tetap dikenali.
Pada dekad 1870-an, penyelam-penyelam Melayu Muslim telah diambil sebagai penyelam mutiaramelalui perjanjian dengan Belanda untuk mengerjakan kawasan-kawasan perburuan mutiara diAustralia Barat dan Wilayah Utara. Pada tahun 1875, ada 1,800 orang penyelam Melayu yang bekerja di Australia Barat. Kebanyakan mereka kemudian pulang ke negara masing-masing.
Unta diimport ke Australia sejak dari dekad 1860-an untuk membantu penjelajah Eropah membukakan kawasan pedalaman yang kering. Para jurulatih unta juga berimigrasi ke sini untuk mengendalikan unta-unta yang diperkenalkan untuk memenuhi permintaan logistik di gurun-gurun Australia yang amat luas. Kebanyakan jurulatih ini adalah Muslim dan walaupun mereka datang dari berbagai-bagai negara, mereka biasanya dirujuk di Australia sebagai "Afghan", perkataan bahasa Inggeris untuk "orangAfghanistan". Oleh sebab pengetahuan dan kemahiran kaum jurulatih itu tentang unta, mereka telah diberikan penghargaan untuk menyelamatkan banyak penjelajah Eropah yang awal, dan adalah amat penting untuk penjelajahan. Disebabkan sumbangan mereka, landasan kereta api utara-selatan dinamai sebagai The Ghan, singkatan untuk "The Afghan"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar